NATIONAL ROBOTIC COMPETITION




Pertandingan robotik peringkat Negeri Sembilan (zon F) telah dijalankan pada 29 Julai 2010 bertempat di Dewan Tun Abdul Razak, Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban N. Sembilan. Sebanyak 3 kategori di pertandingkan iaitu kategori sekolah rendah, sekolah menengah rendah dan sekolah menengah atas.


Ini merupakan pertama kali SMK Datuk Abdullah menyertai pertandingan robotic ini dengan diwakili oleh 3 orang pelajar sains tingkatan 4. Kategori yang disertai ialah menengah atas iaitu Vertical Limit. Robot tersebut dikehendaki untuk memanjat 2 tiang dan mendapatkan bola ping pong yang berada di puncak tiang tersebut.


Seramai 46 pasukan dari beberapa sekolah menengah dalam N. Sembilan menyertai kategori menengah atas ini. Pertandingan ini berakhir pada pukul 3.00 ptg dan upacara penyampaian hadiah diadakan pada pukul 3.30 ptg. SMK Datuk Abdullah telah mendapat tempat kelima dari 46 pasukan yang menyertai kategori menengah atas ini.









PEMAIN BOLA SEPAK SEMENDA KE PIALA GOTHIA, GOTHERNBURG, SWEDEN

Seramai 16 pemain bola sepak Sekolah Sukan bola Sepak (SSBS) SMK Datuk Abdullah Astana Raja, Rembau akan menyertai pertandingan bola sepak remaja dunia Piala Gothia bawah 16 tahun di Gotherburg Sweden pada 17 Julai hingga 24 julai 2010. Menurut Mejar Mohd tahir bin Mustapha, Pengetua SMK Datuk Abdullah menyatakan kejohanan telah diseratai ini menghimpunkan wakil dan kelab bola sepak remaja dari sekolah-sekolah seluruh dunia yang dibahagikan mengikut kategori bawah 18 tahun, B16 tahun, B15 tahun, dan B13 tahun.

Menurutnya lagi, SMK Datuk ABdullah akan mewakili Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan dengan menggunakan nama Rembau FC dalam pertandingnan bawah 16 tahun dan diletakkan di dalam satu kumpulan bersama Atheletico FC dari Lebanon, Elite Footbal FC dari England dan Taby IS dari Sweden. Kesemua pemain terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 yang dipilih daripada pasukan bola sepak Liga Kementerian Pelajaran Malaysia yang berpusat di sekolah ini.

Kejohanan yang berkonsepkan persahabatan remaja dunia ini akan dapat memberi dan meluaskan idea fikiran pemain remaja untuk bermain secara bersih dan kerjasama seterusnya memupuk sikan hormat menghormati antara mereka semasa bermain
dengan mementingkan permainan bersih oleh kelab remaja yang bertanding dan bukannya kemenangan yang diuatamakan.

Sebelum ini, pertandingan Piala Gothia peringkat N. Sembilan telah dijalankan di padang SMKGV pada bulan April lepas oleh pihak SKF iaitu sebuah syarikat peralatan mekanikal dari Sweden yang berpangkalan di Nilai, N. Sembilan bagi membuat pemilihan sekolah. Hanya sekolah-sekolah di N. sembilan sahaja yang diberikan penghormnatan untuk menyertai kejohanan dunia di sana dengan mendapat kerjasama dari jabatan pelajaran N. Sembilan.

Dalam Kejohanan berkenaan, SMK Datuk Abdullah telah mengalahkan MRSM Gemencheh, SMK Tengku Ampun Durah, SMK Zaaba K. Pilah dan SMK Palong 11 sebelum bertemu SMK Abd Samad Port Dickson pada peringkat akhir.

Beliau menambah pada tahun lepas SMK Palong 11 telah ke sana di samping SMK Tengku Ampuan Durah pada tahun 2008. katanya lagi, segala pembelanjaan penerbangan, penginapan dan makanan akan ditanggung oleh pihak SKF.















PERTANDINGAN MEMASAK ANJURAN BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL


Bermula pada 28 Julai 2010 tepat jam 3.00 ptg telah bermula satu acara pertandingan menanak nasi menggunakan kayu api anjuran bidang teknik dan vokasioanal di Smk Datuk Abdullah bertempat di Garaj letak kereta. Terdapat 7 pasukan yang bertanding termasuk staff sokongan dan cikgu.



Terdapat 7 kumpulan yang bertanding yang berbagai kelazatan yang dimasak oleh semua pasukan termasuk nasi udang satu malaysia yang dimasak oleh kumpulan cikgu mohammad , nasi daging oleh kumpulan staf sokongan dan sebagainya..



Untuk mendownload gambar, sila klik disini...


PERKHEMAHAN DI GUA BATU MALOI

Pada 9, 10 dan 11 Julai 2010, SMK Datuk Abdullah dengan kerjasama PERHILITAN telah menganjurkan perkhemahan perdana di Gua Batu Maloi, Johol N. Sembilan. Seramai 79 orang pelajar SEMENDA telah menyertai perkhemahan ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 4.

Pelajar mula digerakkan dengan 2 buah bas dari sekolah pada pukul 3.00 ptg hari Jumaat, 9 Julai 2010 dan tiba ke destinasi pada pukul 4.15 ptg. Sejurus tiba di Gua Batu Maloi, pelajar diminta berkumpul di dewan untuk diagihkan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai sebuah khemah untuk didirikan. Semua khemah telah disediakan oleh pihak PERHILITAN dan pelajar telah diarahkan untuk memasang khemah tersebut sambil ditunjuk ajar oleh fasilitator. Pada malam hari yang sama, para pelajar telah diberi taklimat ringkas tentang peranan jabatan PERHILITAN dan serba sedikit tentang aktiviti yang akan dijalankan pada hari berikutnya.

Pada esok harinya, pelajar telah menjalan aktiviti mengikut kumpulan yang telah dibahagikan iaitu kumpulan Rusa, kijang dan Napoh. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada siang hari 10 Julai ialah Pembelajaran Kompas, Pemerhatian Hidupan Liar, dan Pengenalan Tumbuhan Hutan. Walaupun masa begitu singkat, tetapi para peserta telah diberi pendedahan yang berguna oleh fasilitator. Selepas peserta menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut, mereka telah diberi peluang oleh fasilitator untuk mandi beramai-ramai di sungai selama 1 jam dari pukul 4.30 sehingga 5.30. Kemudian para peserta dikehendaki bersedia untuk aktiviti malamnya iaitu tayangan perdana dan malam kebudayaan.
Pada hari terakhir, para peserta telah menjalankan penerokaan Gua Batu Maloi bermula jam 9.30 pg. Sebelum itu, fasilitator telah memberi taklimat tentang peraturan, tatacara serta halangan yang bakal ditempuh. Pelajar yang mempunyai lampu suluh, dibolehkan membawanya kerana terdapat beberapa kawasan yang gelap dalam gua tersebut. Ekspedisi ini mementingkan kerjasama dan pelajar perlu meneroka secara tersusun dan teratur kerana terdapat halangan yang begitu sempit dan sukar. Semua peserta temasuk guru-guru tiba di puncak pada pukul 12.30 tgh.
Aktiviti terakhir adalah mengemas dan membuka khemas serta penyampaian hadiah. Untuk kategori persembahan terbaik, ia telah dimenangi oleh kumpulan Rusa. Para peserta pulang ke sekolah kira-kira pukul 3.15 ptg.


Untuk memuat turun gambar di Gua batu Maloi, klik di sini atau pergi ke Galeri SEMENDA