PEMAIN BOLA SEPAK SEMENDA KE PIALA GOTHIA, GOTHERNBURG, SWEDEN

Seramai 16 pemain bola sepak Sekolah Sukan bola Sepak (SSBS) SMK Datuk Abdullah Astana Raja, Rembau akan menyertai pertandingan bola sepak remaja dunia Piala Gothia bawah 16 tahun di Gotherburg Sweden pada 17 Julai hingga 24 julai 2010. Menurut Mejar Mohd tahir bin Mustapha, Pengetua SMK Datuk Abdullah menyatakan kejohanan telah diseratai ini menghimpunkan wakil dan kelab bola sepak remaja dari sekolah-sekolah seluruh dunia yang dibahagikan mengikut kategori bawah 18 tahun, B16 tahun, B15 tahun, dan B13 tahun.

Menurutnya lagi, SMK Datuk ABdullah akan mewakili Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan dengan menggunakan nama Rembau FC dalam pertandingnan bawah 16 tahun dan diletakkan di dalam satu kumpulan bersama Atheletico FC dari Lebanon, Elite Footbal FC dari England dan Taby IS dari Sweden. Kesemua pemain terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 yang dipilih daripada pasukan bola sepak Liga Kementerian Pelajaran Malaysia yang berpusat di sekolah ini.

Kejohanan yang berkonsepkan persahabatan remaja dunia ini akan dapat memberi dan meluaskan idea fikiran pemain remaja untuk bermain secara bersih dan kerjasama seterusnya memupuk sikan hormat menghormati antara mereka semasa bermain
dengan mementingkan permainan bersih oleh kelab remaja yang bertanding dan bukannya kemenangan yang diuatamakan.

Sebelum ini, pertandingan Piala Gothia peringkat N. Sembilan telah dijalankan di padang SMKGV pada bulan April lepas oleh pihak SKF iaitu sebuah syarikat peralatan mekanikal dari Sweden yang berpangkalan di Nilai, N. Sembilan bagi membuat pemilihan sekolah. Hanya sekolah-sekolah di N. sembilan sahaja yang diberikan penghormnatan untuk menyertai kejohanan dunia di sana dengan mendapat kerjasama dari jabatan pelajaran N. Sembilan.

Dalam Kejohanan berkenaan, SMK Datuk Abdullah telah mengalahkan MRSM Gemencheh, SMK Tengku Ampun Durah, SMK Zaaba K. Pilah dan SMK Palong 11 sebelum bertemu SMK Abd Samad Port Dickson pada peringkat akhir.

Beliau menambah pada tahun lepas SMK Palong 11 telah ke sana di samping SMK Tengku Ampuan Durah pada tahun 2008. katanya lagi, segala pembelanjaan penerbangan, penginapan dan makanan akan ditanggung oleh pihak SKF.